Salah satu peribadi yang sukar untuk bersatu dengan rangkaian hubungan adalah peribadi ego. Berikut ini adalah ciri-ciri dan langkah untuk mengubahnya.
Ciri-Ciri Peribadi Ego
* Hanya dapat melihat dari sudut pandangnya; tidak dapat melihat dari sudut pandang orang lain, apa lagi merasakan apa yang orang lain rasakan. Jadi, tidak mudah untuk berbincang dengannya kerana ia akan berusaha agar kita menuruti pendapatnya.
* Hanya memikirkan kepentingan peribadinya; jadi, apa yang dilakukannya selalu untuk kepentingan peribadi, bukan ikhlas untuk kepentingan orang lain. Ia tidak mengenal arti pengorbanan dan ketulusan; semua hal diperkirakan berdasarkan untung ruginya.
Kesan Peribadi Yang Ego
* Orang sekeliling sukar menerimanya kerana tidak ada usaha darinya untuk menyesuaikan diri. Daripada terjadi konflik, pada umumnya orang sekeling akan menjauhkan diri dari berhubungan dengannya, sehingga ia terpaksa hidup sendirian. Malangnya, semakin kesunyian, semakin ia menganggap bahawa orang sekeliling yang salah. Pada akhirnya orang yang ego hidup dalam kesendirian.
* Sahabat pun sukar untuk mempercayainya sebab mereka menilai ia tidak jujur. Semua yang dikerjakannya cenderung dinilai mempunyai maksud tersembunyi di belakangnya. Pada akhirnya hubungannya dengan yang lain tersekat dan semakin hari semakin sedikit orang yang bersedia berteman dengannya. seandainya bersahabatpun, hubungan yang terjalin merupakan hubungan timbal-balik, tanpa keikhlasan dan pengorbanan.
Penyebab
* Sebahagian peribadi yang ego ini berasal dari latar belakang keluarga yang terlalu memanjakan sehingga apa pun yang diminta selalu didapatkannya.
* Sebagian lagi peribadi yang ego berasal dari latar belakang kurangnya kasih sayang sehingga ia tidak pernah belajar mengasihi. Ia menjadi orang yang tidak mengasihi dan tidak rela berkorban kerana ia tidak pernah mengenal kasih sayang.
Langkah Menuju Perubahan
* Peribadi yang ego mesti menerima fakta bahwa ia egois; jangan lagi mencari alasan dan menyalahkan orang. Ia mesti melihat hal ini sebagai dosa keangkuhan bukan hanya karakteristik keperibadian yang unik. Perubahan penyesalan bermula dari pengakuan. "Tinggi hati adalah awal dari kehancuran, tetapi kerendahan hati adalah modal kehormatan."
* Lihatlah apa yang diperlukan orang dan cobalah memenuhinya, tanpa main kira-kira. Peribadi ego tidak mengenal sahabat kerana tidak memikirkan orang lain. "Seorang sahabat memberi kasih setiap waktu dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran."
* Hiduplah berdasarkan prinsip: "Kasihilah sesama manusia seperti dirimu sendiri dan hargailah orang lain jika memang dirimu memiliki harga diri !"

Tidak ada komentar:
Posting Komentar